Ahlanwahsahlan.............

"Rahsia Dihati Tiada Siapa Yang Tahu"

Wednesday, January 26, 2011

My Mum

Tu lah my mum...tp dia dah dalam kenangan abadi dalam hidup saya dan family....mak dh kembali ke rahmatullah pada bulan syawal yang lepas...tak sangka tahun lepas adalah tahun terakhir merayakan Aidilfitri dan berpuasa bersama mak yang tercinta........
sehari sebelum balik ke Johor, mak kena strok..masuk wad dalam seminggu.....doktor sahkan ada pendarahan otak...lepas seminggu doktor suruh bawa balik sebab dah tak bleh wat apa dah....sebab mak tak leh bercakap n mata dia pun tak leh buka...tak leh makan n minum...kitaorg bg ja minum susu guna tiub....sedih sangat tengok mak dalam keadaan mcm tu......blik umah pun keadaan mak tak berubah....cukup 4 hari kat umah mak meninggal dan sebelum dia menghembuskan nafas terakhir dia sempat buka matanya seketika dan air matanya mengalir dan lepas tu mak dah tak da.....masa tu hanya Allah sahaja yang tau betapa sedihnya rasa hati nie...terasa sangat sebab siang malam jaga mak hingga dia menghembuskan nafas terakhirnya dan sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya itu, sempat lagi saya beri minum susu untuk makanan t/harinya...mak meninggal lepas zohor......
bulan lepas balik kampung untuk ambik 100 hari mak...rasa macam baru sahaja dia pergi meninggalkan  kami sekeluarga......saya lebih terasa kehilangannya sebab bila balik kampung dah tak dah kawan nak tidur  sama dan tak da dah orang yang nak peluk saya masa tidur dah tak da orang nak suapkan saya makan....
saya redha dengan pemergian mak saya dan saya bersyukur saya diberi peluang menjaga dia dan berada disisinya disaat-saat akhirnya....Semoga rohnya dicucuri rahmat....Amin

No comments: