Ahlanwahsahlan.............

"Rahsia Dihati Tiada Siapa Yang Tahu"

Tuesday, December 27, 2011

Sekadar suka suki...

"Bila tiba saat kamu mencintai seseorang, kamu harus mempersiapkan diri untuk menerima penderitaan.. Bukan namanya cinta andai ia hanya membahagiakan..Kerana sebuah cinta sejati mampu mendengarkan apa yang tidak dikatakan dan mengerti apa yang tidak dijelaskan.. Ini kerana cinta tidak datang dari mulut dan lidah ataupun fikiran seseorang, tetapi cinta lahir dari hati yang paling dalam."

copy dr orang...betul...apabila kita sudah bersedia untuk terima cinta, bermakna kita juga sedia untuk terima segala kekurangan dan kelemahan pasangan kita....kita juga telah sedia untuk terima dan harungi apa jua dugaan, halangan dan rintangan...tetapi adakah kita sudah cukup kuat untuk menempuh semua itu....

Alam percintaan merupakan alam yang diidamkan oleh setiap insan...aku tidak pernah mengalami alam tersebut sehingga usia aku mencapai 28 tahun...hehehehe...cinta ala-ala budak sekolah pun tak pernah rasa....tidak pernah cari tapi dia cinta itu datang sendiri dan hadir dalam hidup ku hingga kini.....adat pasangan yang bercinta, jika boleh biarlah ia hingga ke alam rumahtangga....namun siapa kita untuk menentukan itu semua...kita hanyalah hamba Allah yang hanya sekadar mampu untuk merancang namun belum tentu apa yang dirancang akan menjadi kenyataan..

Aku hanya sekadar mampu berdoa dan berdoa untuk itu semua...namun aku hanya seorang hamba Allah yang kerdil....aku hanya sekadar mampu untuk berharap dan terus berharap...siapa yang tidak mahu hidup bahagia bersama insan yang tersayang....insan yang kita pilih....namun, adakah kita ada hak yang mutlak untuk tentukan kita akan hidup bersama siapa....jawapannya untuk itu hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu...

Namun...aku tidak akan berputus asa...selagi aku terdaya...aku akan terus berdoa,berharap dan bersabar...yang saat itu akan muncul jua...saat yang aku impikan untuk hidup bersama orang yang aku sayang....~~

No comments: